BENDAHARI NEGERI SABAH MENGADAKAN KUNJUNGAN TAPAK KE SK KIPOVO PENAMPANG

August 16, 2023

YBhg Datin Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri Sabah beserta rombongan telah mengadakan kunjungan tapak ke Bangunan Pondok Ilmu, Laluan Susur Gajah STEM dan Penutup Perparitan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kipovo, Penampang, hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk meninjau persiapan fasiliti sekolah yang telah hampir 93% siap hasil daripada kolaborasi bersama pihak Yayasan Perbadanan Pinjaman Sabah untuk Projek Tanggungjawab Sosial Responsibiliti (CSR) yang telah pun masuk tahun kedua.

Kolaborasi yang terjalin juga adalah untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawasanya agensi kerajaan sentiasa prihatin dan siapsiaga menjalinkan kerjasama dalam memberikan perkhidmatan terbaik khususnya kepada masyarakat yang terdapat di luar bandar.

Turut hadir, Puan Salina Haji Salimi, Ketua Jabatan Pentadbiran dan Logistik, Perbadanan Pinjaman Sabah mewakili Tuan George Taitim Tulas, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pinjaman Sabah , Tuan Putera Jali, Timbalan Bendahari Negeri (Pentadbiran) JBNS, Puan Sabrina Steven, Penolong Kanan SK Kipovo mewakili Puan Jeinah Jaafar, Guru Besar SK Kipovo, Puan Germaine Marcella Sikijip, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Sektor Perancangan (menjalankan tugas sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Penampang), Puan Gladys Yapp, Penolong Pegawai Pendidikan Unit Pendidikan Swasta, para guru SK Kipovo, dan anggota-anggota JBNS.

Sekian, terima kasih.
Laporan dan foto disediakan oleh
Ahmad Rajaie Wahap Seksyen Korporat Bahagian Perancangan dan Pembangunan Jabatan Bendahari Negeri Sabah