INSPEKTORAT ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH OLEH PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERDANA MENTERI

October 10, 2023

MENARA KINABALU - Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Di Jabatan Bendahari Negeri Sabah Oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri di Bilik Mesyuarat Aras 8, Jabatan Bendahari Negeri Sabah pada 10 Oktober 2023, Selasa.

Inspektorat di pengerusikan oleh Tuan Putera Jali selaku Pengerusi/Pegawai Keselamatan Jabatan dan melibatkan wakil daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri seramai 6 orang pegawai.

Turut hadir bersama, Tuan Haji Awang Herman bin Awang Tahir (Penolong Pegawai Keselamatan I), Puan Sharifah Norizan binti SH. Sihan (Penolong Pegawai Keselamatan III), Tuan Hamdan Hamzani (Timbalan Bendahari Negeri (Pembangunan)), Puan Dayang Sablinah binti Sabli (Ketua Penolong Bendahari (Operasi)) , Puan Sharifah binti Arshad (Ketua Penolong Bendahari (Akaun Awam)).

Sekian dan terima kasih.