LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN FIRE DRILL JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH

September 07, 2023
Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Jabatan Bendahari Negeri Sabah

Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) telah mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) kira-kira jam 09.15 pagi bertempat di Menara Kinabalu, Sabah. Program ini telah dijalankan oleh Jawatankuasa keselamatan JBNS yang diketuai oleh Tuan Putera Jali, Timbalan Bendahari Negeri (Pentadbiran) selaku Pengerusi/ Pegawai Keselamatan Jabatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (1) Tuan Haji Awang Herman bin Awang Tahir, Timbalan Bendahari Negeri (Operasi) dan dibantu oleh Pegawai Keselamatan Aras JBNS. Latihan kebakaran ini telah dilaksanakan dengan bantuan daripada pihak Sinar Uni-Resources SDN. BHD (SUR).

Tujuan latihan kebakaran ini diadakan bagi mempersiapkan semua warga Jabatan Bendahari Negeri Sabah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Semua warga JBNS perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak diduga.

Turut hadir menjayakan program tersebut, YBhg. Datin Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri Sabah.

Sekian dan terima kasih.

Laporan dan foto disediakan oleh :

Ahmad Rajaie bin Wahap
Seksyen Korporat
Bahagian Perancangan Dan Pembangunan