LAWATAN RASMI PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH JBNS KE BENDAHARI CAWANGAN SANDAKAN

September 12, 2023

Mesyuarat diadakan pada sesi pagi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Mary Angela Sipaun Bendahari Negeri Sabah.

Turut hadir, Tuan Hamdan Hamzani (Timbalan Bendahari Negeri Pembangunan), Tuan Haji Awang Herman Bin Awang Tahir (Timbalan Bendahari Negeri Operasi), Tuan Putera Jali (Timbalan Bendahari Negeri Pentadbiran), Puan Dayang Sablinah Binti Sabli (Ketua Penolong Bendahari Operasi Pusat) dan En. Christopher Dyonisius (Ketua Penolong Bendahari Perakaunan Akruan).

Program Lawatan ke setiap Bendahari Cawangan (BC) ini adalah salah satu cadangan pihak Pengurusan untuk melawat sembilan Bendahari Cawangan pada setiap tahun.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak Pengurusan lebih mengeratkan lagi hubungan dengan kakitangan Bendahari Cawangan. Melalui program lawatan seperti ini, kakitangan BC dapat mengetengahkan isu-isu yang ingin dibangkitkan kepada pihak Pengurusan disamping keperluan kemudahan yang perlu dilengkapkan di pejabat Bendahari Cawangan.

YBhg. Datin Bendahari Negeri turut tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Bendahari Cawangan Sandakan di atas layanan yang baik.

Sekian dan terima kasih.