LAWATAN RASMI PENGURUSAN TERTINGGI JBNS KE BENDAHARI CAWANGAN KOTA MARUDU

October 17, 2023

KOTA MARUDU - Lawatan Rasmi Pengurusan Tertinggi Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) ke Bendahari Cawangan Kota Marudu pada 17 Oktober 2023, selasa lalu.

Mesyuarat diadakan di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kota Marudu pada sesi pagi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mary Angela Sipaun Bendahari Negeri Sabah.

Turut hadir, Tuan Hamdan Hamzani (Timbalan Bendahari Negeri Pembangunan), Tuan Putera Jali (Timbalan Bendahari Negeri Pentadbiran), Puan Dayang Sablinah Binti Sabli (Ketua Penolong Bendahari Operasi Pusat), Puan Sharifah Binti Arshad (Ketua Penolong Bendahari Akaun Awam) dan En. Christopher Dyonisius (Ketua Penolong Bendahari Perakaunan Akruan).

Beberapa pegawai kakitangan ibu pejabat JBNS juga turut terlibat, wakil daripada Bendahari Cawangan Keningau, Bendahari Cawangan Beaufort dan beberapa kakitangan Skim W daerah Kota Marudu juga dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

Program Lawatan ke setiap Bendahari Cawangan (BC) ini adalah salah satu cadangan pihak Pengurusan untuk melawat sembilan Bendahari Cawangan pada setiap tahun.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak Pengurusan lebih mengeratkan lagi hubungan dengan kakitangan Bendahari Cawangan dan juga mengenali kakitangan Skim W yang berada di daerah-daerah yang terlibat. Melalui program lawatan seperti ini, kakitangan BC dapat mengetengahkan isu-isu yang ingin dibangkitkan kepada pihak Pengurusan disamping keperluan kemudahan yang perlu dilengkapkan di pejabat Bendahari Cawangan.

YBhg. Datuk Bendahari Negeri turut tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Bendahari Cawangan Kota Marudu di atas layanan yang baik
Sekian dan terima kasih.