LAWATAN ROMBONGAN PENGURUSAN TERTINGGI JBN KE PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN ULU DUSUN SANDAKAN

September 11, 2023

Rombongan Pengurusan Tertinggi Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan pada 11 September 2023 (Isnin) lalu.

Sesi taklimat disampaikan oleh En. David Johnny selaku Ketua Penolong Pengarah Penyelidik/Pegawai Penguasa mengenai pekerjaan yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan seperti cara-cara memproses pembekalan bahan tanaman berkualiti sawit, kelapa, buah-buahan, tanaman ubatan terpilih yang dibiakan melalui kultur tisu.

Turut serta dalam lawatan rombongan Pengurusan Tertinggi JBNS, YBhg. Datin Mary Angela Sipaun (Bendahari Negeri Sabah), Tuan Hamdan Hamzani (Timbalan Bendahari Negeri Pembangunan), Tuan Haji Awang Herman Bin Awang Tahir (Timbalan Bendahari Negeri Operasi), Tuan Putera Jali (Timbalan Bendahari Negeri Pentadbiran), Puan Dayang Sablinah Binti Sabli (Ketua Penolong Bendahari Negeri Operasi Pusat), En. Christopher Dyonisius (Ketua Penolong Bendahari Negeri Perakaunan Akruan) dan pegawai-pegawai Bendahari Cawangan Sandakan yang diketuai oleh Puan Latifah Binti Diming (Bendahari Cawangan Sandakan) .

Selepas Sesi Taklimat pihak Pengurusan Tertinggi JBNS disajikan dengan buah-buahan seperti kelapa, buah salak, buah nangka dan buah tarap hasil tanaman di Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan.

Pihak Pengurusan juga berkesempatan meninjau tapak tanaman buah-buahan di Stesen Pertanian Ulu Dusun, Sandakan.

Hasil lawatan ini, pihak Pengurusan Tertinggi JBNS dapat mempelajari sesuatu perkara yang baru mengenai industri tanaman dalam sektor pertanian dan proses pembiakan bahan tanaman yang dihasilkan di Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan.

YBhg. Datin Mary Angela Sipaun mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak Jabatan Bendahari Negeri Sabah kepada pihak Pusat Penyelidikan Pertanian kerana menyambut baik pihak Pengurusan JBNS dalam sesi lawatan tersebut dan berkongsi pengetahuan mengenai proses-proses pekerjaan yang dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan. Selain itu, YBhg. Datin Bendahari Negeri berkesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pihak Penyelidikan Pertanian kerana inisiatif dan inovasi mereka dalam industri tanaman bagi sektor pertanian dan berjaya menghasilkan kutipan hasil tahunan yang memuaskan.

Sekian dan terima kasih.