MAJLIS AMANAT BENDAHARI NEGERI 2024

February 20, 2024

Majlis Amanat Bendahari Negeri 2024 telah diadakan bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu pada 20 Februari 2024.

Sebagai program tahunan, Amanat YBhg. Datuk Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri memfokuskan mengenai integriti dalam kalangan anggota menerusi tagline Integrity and You, Bendahari Negeri menyeru agar semua kakitangan JBNS menghayati dan mengamalkan elemen-elemen integriti sehingga menjadi satu tabiat dalam melaksanakan dan menyempurnakan kerja harian.

Menariknya, majlis ini berjaya menghimpunkan seramai hampir 300 orang tetamu secara bersemuka dan capaian lebih 2 ribu tontonan menerusi Youtube Sabah Government Official. Tidak ketinggalan, slot khas bersama YBhg. Tuan Awang Herman bin Awang Tahir, Timbalan Bendahari Negeri (Operasi) dan ceramah bertajuk Integriti di Tempat Kerja bersama Datuk Dr. Tengku Naufal, penceramah jemputan.

Terima kasih kepada semua AJK pelaksanaan Amanat Bendahari Negeri 2024, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Kelab Bendahari Negeri Sabah, KOBENSA, Progressive Insurance BHD dan Hotel Hilton Kota Kinabalu sabah.

Sekian dan terima kasih.