MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN 40 TAHUN RUBY PUSPA NITE PUSPANITA

September 24, 2023

KOTA KINABALU - Majlis Jamuan Makan Malam sempena Sambutan 40 Tahun (Ruby Puspa Nite) PUSPANITA cawangan Sabah telah diadakan di salah sebuah hotel di ibu negeri pada Ahad lalu.

Bukan sahaja meraikan 40 tahun PUSPANITA bertapak di negeri ini, tetapi sebagai platform untuk menghimpunkan ahli-ahlinya dari seluruh negeri di samping menghargai ahli PUSPANITA dalam menjayakan aktiviti yang dirancang sama ada diperingkat induk mahu pun daerah.

Pada malam tersebut, Jabatan Bendahari Negeri Sabah telah dinobatkan sebagai pemenang Kempen Jom Sertai Puspanita “ Tunjukkan Kelibatmu” bagi kategori Kementerian atau Jabatan.

JBNS diwakili oleh Yang Berbahagia Datin Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri Sabah untuk menerima penghargaan ini manakala penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah sambil disaksikan oleh tetamu terhormat, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Penaung PUSPANITA Cawangan Sabah.

Tahniah dan syabas diucapkan di atas komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh PUSPANITA Jabatan Bendahari Negeri Sabah.