MAJLIS MAKAN MALAM BENDAHARI AKAUNTAN NEGERI 2023

September 25, 2023

KOTA KINABALU - Mesyuarat Bendahari/Akauntan Negeri dan Majlis Makan Malam Bendahari/Akauntan Negeri 2023 telah diadakan di Promenade Hotel pada 25 September 2023, isnin lalu.

Mesyuarat Bendahari/Akauntan Negeri Bil.2/2023 berlangsung di sebelah pagi dipengerusikan oleh YBhg. Nor Yati Binti Ahmad, Akauntan Negara Malaysia.

Manakala pada sebelah malamnya pula, Majlis Makan Malam Bendahari/Akauntan Negeri diadakan melibatkan wakil-wakil daripada Jabatan Bendahari Negeri seluruh Malaysia dan Akauntan Negara Malaysia serta tetamu jemputan wakil daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Sabah dan YBhg. Datuk Yap selaku CEO Eco Yap Farm, Keningau Sabah.

Objektif makan malam ini adalah untuk meraikan dan mengalu-alukan kedatangan para Bendahari Negeri/ Akauntan Negeri dan rombongan yang mewakili setiap negeri/ jabatan.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Datin Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri Sabah mewakili YBhg. Datuk Mohd. Sofian Alfian Nair, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Sekian dan terima kasih.